Carian
Siri ASUS ROG Phone 8 Kini Rasmi – Cip Snapdragon 8 Gen 3 Dan Kalis Air IP68
January 9, 2024 Amy Maizuraa

ASUS ROG Phone 8 dan Phone 8 Pro telah dilancarkan secara rasmi pada hari ini. Katanya peranti kini lebih ringan dan nipis yang memberi lebih keselesaan untuk semua pengguna. Perbezaan diantara peranti adalah sokongan paparan sekunder Anime Vision Mini-LED yang disediakan eksklusif pada variasi Pro. Sementara itu ROG Phone 8 sekadar dilengkapi logo bersama Aura RGB Lighting.

Seterusnya kedua-dua peranti menggunakan skri SAMSUNG Flexible AMOLED LTPO 6.78-inci FHD+ dengan kadar segar semula 165Hz. Skrinnya juga menyokong ciri tambahan lain seperti gamut warna NTSC, kecerahan puncak 1600nits dan HDR10.

Ini diikuti pula dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, memori sehingga 16GB LPDDR5X RAM dan storan 512GB UFS4.0 sebagai tunjang utama. Bateri 5,500mAh diserta menyokong pengecasan pantas 65W, kemudian sistem tri-kamera digunakan dengan 50MP utama (Sony IMX890) + 13MP ultra lebar + 32MP dengan OIS terbina. Kekurangan pada versi biasa apabila tiadanya sensor telefoto tetapi diganti pula dengan 5MP makro.

Kamera swafoto pula sebesar 32MP, selain peranti juga kalis air IP68. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, tiga mikrofon terbina dengan teknologi ASUS Noise Reduction dan menjalankan ROG UI (berasaskan Android 14).

ASUS juga mengesahkan bahawa peranti akan memasuki pasaran Malaysia pada 30 Januari 2024 dengan harga jualan yang masih dirahsiakan buat masa ini.

Komen