Cari @ Amanz

Apabila melangkah ke tahun baru, pasti ada diantara anda yang akan memperbaharui azam pada setiap tahun seperti ingin mencuba hobi baru. Jika anda memilih fotografi sebagai hobi baru anda untuk tahun baru, ini merupakan masa yang sesuai untuk anda menerokainya dengan siri vivo X100 Pro. Segala persoalan tentang bagaimanakah vivo X100 Pro membantu anda untuk mengambil gambar seperti professional akan dikupas pada artikel ini.

Prestasi Kamera Siri vivo X100 Yang Memikat Hati

Jika anda menyukai fotografi, prestasi dan spesifikasi kamera merupakan perkara yang ditunggu-tunggukan. Oleh itu, vivo X100 Pro dilengkapi dengan 50MP untuk kamera utama, 50MP telefoto dan 50MP kamera sudut ultra lebar. Dengan spesifikasi kamera seperti ini pastinya membuatkan anda teruja kerana sudah dapat bayangkan kualiti gambar yang bakal dihasilkan nanti.

Seterusnya, mari kita menelusuri dengan lebih dalam apakah keistimewaan pada kamera vivo X100 Pro ini. Pertama sekali, peranti ini dilengkapi dengan sensor kamera ZEISS APO Floating Telephoto dimana gambar telefoto yang dihasilkan memelihara butiran subjek untuk nampak lebih jelas dan berkualiti. Dengan sensor ini, ia membolehkan anda untuk mengambil gambar subjek pada jarak yang dekat ataupun jauh dengan lebih baik kerana prestasi kameranya ini, menjadikan gambar yang diambil tampak cukup berkualiti dan tajam. Malah, telefon pintar ini juga merupakan telefon pintar pertama vivo yang mampu untuk merakamkan gambar matahari dengan baik. 

Seterusnya, pernahkah anda mengambil gambar subjek yang membelakangi cahaya ataupun ketika cahaya rendah dan gambar yang diambil tampak kurang memuaskan? Melalui vivo X100 Pro, sensor kamera peranti ini turut didatangkan dengan ZEISS T* Coating dimana ia 20% lebih baik berbanding generasi sebelum ini dalam menghasilkan gambar yang jelas dengan warna yang semulajadi. Dengan ini, ia membolehkan anda untuk mengambil gambar yang berkualiti walaupun ketika waktu malam ataupun ketika subjek membelakangi cahaya. 

Bukan sekadar itu sahaja, vivo X100 Pro ini juga didatangkan dengan ciri  ZEISS Multifocal Portrait. Melaluinya, anda boleh hasilkan gambar potret dengan menggunakan 5 focal length yang berbeza, bermula dari 24mm sehinggalah 100mm. Setiap focal length yang digunakan akan memberikan kualiti gambar yang sangat terperinci. Jadi memang sesuailah untuk anda hasilkan rakaman pada jarak jauh atau pun dekat tanpa risau tentang kualiti gambar. Bukan itu sahaja, gambar potret yang dihasilkan akan tampak lebih memuaskan ditambah lagi dengan bokeh yang kelihatan semula jadi untuk menyempurnakan keseluruhan gambar. Jadi, bolehlah anda mengambil gambar potret sepuasnya dengan vivo X100 Pro ini kerana kualiti yang mengagumkan, hasil bantuan dari ciri potret yang eksklusif dari ZEISS sendiri. Untuk hasil rakaman dibawah, tatal ke kanan untuk melihat lebih banyak gambar.

Tidak berhenti disitu sahaja, vivo X100 Pro juga dilengkapi dengan ZEISS 1-inch Main Camera dimana ianya sensitif kepada pencahayaan sekaligus menghasilkan gambar yang jelas kerana butiran gambar dipelihara dengan baik walaupun persekitaran anda tidak mempunyai jumlah pencahayaan yang cukup. Jika anda yang suka mengambil gambar pada waktu malam pula, anda boleh menggunakan mod Telephoto Nightscape. Melalui mod ini, anda boleh mengambil gambar pemandangan ataupun bangunan-bangunan yang dihiasi dengan lampu berwarna warni pada waktu malam dengan lebih jelas serta butiran pada gambar yang dikekalkan.

Spesifikasi Peranti Menjamin Pengalaman Penggunaan Yang Lebih Baik

Bagaimana pula dengan spesifikasi peranti ini? vivo X100 Pro dilengkapi dengan gabungan cip mercu MediaTek Dimensity 9300 dan V3 Chip. Melaluinya, anda bukan sahaja dapat bermain permua dengan lebih lancar, malah anda juga dapat menikmati visual yang lebih puas terutamanya jika anda menonton video dengan resolusi 4K. 

Menyentuh mengenai kelancaran ketika bermain permua, anda boleh menaiktarafkan lagi pengalaman yang sedia ada dengan mengaktifkan mod Game Super Resolution dimana ia akan memberikan visual yang lebih cantik dan jelas. Ditambah pula dengan saiz skrin 6.78” AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, pasti membuatkan pengalaman bermain permua terasa lebih lancar. Malah kata vivo, skrin telefon pintar ini dilengkapi dengan tahap kecerahan skrin yang paling tinggi dalam industri, iaitu sehingga 3000 nits. 

Sudah puas mengambil gambar dan bermain permua, pasti akan menggunakan bateri yang banyak dan boleh menyebabkan anda resah memikirkan jangka hayat bateri pada hari tersebut. Namun, dengan vivo X100 Pro, anda tidak perlu risau mengenai itu kerana peranti ini dilengkapi dengan kapasiti bateri 5400 mAh dimana ia dapat bertahan lama tanpa memerlukan pengecasan yang berkali-kali dalam sehari.

Menariknya lagi, peranti ini dilengkapi dengan storan bersaiz 16GB+512GB dan juga menyokong pengecasan 100W FlashCharge dan nirwayar dimana anda hanya memerlukan sekitar 33 minit sahaja untuk pengecasan penuh. Jadi, anda boleh melakukan sekejap tugasan lain seperti mandi, makan ataupun memasak sekejap sambil menunggu pengecasan penuh. Malah menurut vivo juga, telefon pintar ini juga mampu untuk bertahan sehingga 1 jam lagi walaupun peratus baterinya berada pada tahap 10%. 

Rekaan Peranti Diinspirasikan Daripada Bulan, Bintang Dan Matahari

Untuk menambah lebih lagi keistimewaan yang sedia ada, vivo X100 Pro ini didatangkan dengan rekaan yang begitu unik. Namun mengapakah ia unik? Jika dilihat pada bahagian badan peranti, ia mempunyai kemasan yang tampak seperti jejak bintang (star trails) kerana ianya diinspirasikan daripada bulan, bintang dan matahari. Manakala rekaan pada bahagian kamera pula, ianya berbentuk seperti matahari halo yang sesuai dengan namanya Sun Halo Design. Rekaan seperti ini sememangnya menjadikan keseluruhan rekaan vivo X100 Pro ini tampak unik dan cukup eksklusif. 

Vivo X100 Pro turut didatangkan dengan dua pilihan warna. Jika anda inginkan sedikit kelainan pada penampilan harian ketika menggunakannya, anda boleh memilih warna Startrail Blue. Namun, jika anda inginkan warna yang minimalis dan sesuai dengan apa gaya sekalipun, vivo X100 Pro turut didatangkan dengan pilhan warna Asteroid Black.

Vivo X100, Versi Yang Lebih Mesra Poket

Jika bajet merupakan keutamaan, siri vivo X100 ini turut didatangkan dengan versi standard iaitu vivo X100. Ia dilengkapi dengan kamera 50MP kamera utama, 64MP kamera telefoto dan 50MP sudut ultra lebar. Ia turut dihadirkan dengan kapasiti bateri 5000mAh dan menyokong pengecasan 120W. Untuk prestasi peranti pula, ia menggunakan cip pemprosesan Dimensity 9300 dimana ia boleh menjamin pengalaman penggunaan yang memuaskan dan lancar.

Kesimpulan

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa vivo X100 Pro ini sememangnya sesuai bagi anda yang inginkan peranti mercu dengan prestasi fotografi yang cukup mengagumkan. Dengan kamera ZEISS yang didatangkan bersama, menjadikan ia satu nilai tambah kepada keistimewaan yang sedia ada. Bukan itu sahaja, dengan rekaan yang tampak serba cantik dan eksklusif ini menjadikan vivo X100 Pro ini sebagai sebuah peranti yang wajib dimiliki.

Jadi, jika anda berminat untuk mendapatkan sebuah peranti ini, anda boleh membelinya pada harga RM4,599 untuk storan 16GB+512GB. Jika anda membuat pra tempah bagi vivo X100 Pro hari ini, anda berpeluang untuk menerima vivo TWS 2e bersama vivo Selection Smart Watch yang bernilai sehingga RM568. Manakala jika anda ingin membuat pra-tempahan untuk vivo X100 pula, anda berpeluang untuk menerima vivo TWS air secara percuma yang bernilai RM179.   Jadi, tunggu apa lagi? Pra-tempah siri vivo X100 Pro hari ini dan ayuh menyerlahkan lagi sisi fotografi anda melaluinya.

Penafian: Advertorial dari vivo Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd