Carian
Lenovo ThinkBook 13x Gen 4 SPE Diperlihatkan – Konsep Panel E-Ink Boleh-Tukar Warna
January 9, 2024 Fahim Zahar

CES 2024 terus berlangsung dan Lenovo baru-baru ini telah mengumumkan beberapa laptop baharu yang menarik. ThinkBook Plus Gen 5 Hybrid, ThinkBook 13x Gen 4, ThinkBook 14 i Gen 6, ThinkBook 14 i Gen 6 dan banyak lagi. Apa yang menarik perhatian kami adalah ThinkBook 13x Gen 4 SPE (Smart Personalization Experience).

Thinkbook 13x Gen 4 SPE adalah sebuah laptop konsep dengan panel E-Ink Prism. Panel ini adalah jenis berwarna yang membenarkan pengguna menukar corak agar laptop peribadi masing-masing mempunyai identiti yang tersendiri. Panel E-Ink ini menggunakan tenaga yang rendah agar tidak memakan kuasa laptop, malah jika laptop dimatikan panel ini masih kekal hidup memaparkan lebih seribu pilihan corak berbeza.

Di acara CES 2024 ini, Lenovo turut memperlihatkan konsep di mana panel E-Ink Prism ini turut boleh berinteraksi dengan pengguna. Pertama adalah menjadi jam dinamik yang bergerak pada masa nyata. Kemudian adalah multi system interaction.

Lenovo tidak mengumumkan sama ada laptop ini akan menjadi produk kenyataan untuk dibeli orang ramai atau tidak. Ia cukup menarik untuk melihat laptop juga masih cuba berinovasi. Thinkbook generasi baharu ini kelak berpotensi bersaing dengan ASUS yang turut telah lama menawarkan laptop dengan skrin tambahan.

Komen