Sudah lama konsep terma Ultrabook tidak digunakan kerana kebanyakan laptop sudah pun cukup nipis dan berkuasa tanpa kira kelas apa. Tetapi Lenovo ThinkBook 13x Gen 4 baharu ini boleh dikatakan Ultrabook generasi baharu. Di acara CES 2024 ini, ThinkBook 14 i Gen 6+ dan 16p Gen 5 turut dilancarkan.

Berikut adalah spesifikasi bagi ThinkBook 13x Gen 4 dan 14i Gen 6+;
Lenovo ThinkBook 13x Gen 4 | Lenovo ThinkBook 14i Gen 6+ |
---|---|
Pilihan Intel Core Ultra GPU Intel Arc | |
32GB LPDDR5x 2TB Gen 4 PCIe SSD | |
13.5-inci, 3:2, 120Hz, 2.8K, 500 nit, HDR400, 100% sRGB, Dolby Vision | 14.5-inci, 3K 120Hz IPS, 400nit Dolby Vision |
4x Speaker Harman/Kardon + Dolby Atmos 4x Mikrofon | Speaker stereo Dolby Atmos 2x Mikrofon |
FHD RGB+IR MIPI Pengatup e-kamera Windows Hello | FHD+IR Pengatup privasi Windows Hello |
74 Whr74 Whr | 85 Whr |
1x Pengimbas cap jari pada butang kuasa 3x USB-C (Thunderbolt 4) 1x Port bicu audio 3.5mm 1x Pin Pogo | 1x Pengimbas cap jari pada butang kuasa 1x Thunderbolt 4 1x USB-C 3.2 Gen 2 2x USB-A 3.1 1x USB-A 2.0 tersembunyi 1x HDMI 2.1 1x RJ45 1x Port bicu audio 3.5mm 1x 3-dalam-1 pembaca kad mikroSD 1x Port TGX |
WLAN Wi-Fi 6E Bluetooth 5.2 |
Untuk 13x Gen 4, Lenovo menawarkan dua pilihan warna iaitu Luna Grey dengan 50% aluminium dikitar semula atau edisi khas corak Seashell dengan bahan binaan pertama dunia keluli tahan karat magnesium. Bateri boleh bertahan sehingga 21 jam, papan kekunci direka menjadi hujung-ke-hujung dan skrin menggunakan teknologi auto-cerah mengikut keadaan pengguna.

Laptop ini turut mempunyai dahi? takuk? terkeluar dengan pin Pogo untuk aksesori ekosistem Magic Bay seperti kamera web Studio 4K dengan speaker terbina. 13x Gen 4 turut menjadi laptop terawal hadir dengan kekunci Copilot. Lenovo turut menyertakan cip Lenovo LA3 AI untuk memastikan prestasi sistem dan ketahanan bateri berada di tahap yang optimum dan terbaik. Laptop ini turut diperbuat dengan 90% plastik yang dikitar semula.

Lenovo ThinkBook 14 i Gen 6+ pula merupakan laptop memfokuskan produktiviti dan AI. Lenovo turut menggalakkan penggunaan suntingan video dan gambar. Cip Lenovo LA3 AI masih ada pada 14 i Gen 6+, tetapi ia turut dipadankan dengan Lenovo Smart Power 3.0. Ia adalah untuk menguasakan ciri AI Lenovo Smart Meeting yang memastikan prestasi terbaik, penyejukan paling optimum dan tiada buffering ketika dalam sesi telesidang.

Laptop ini turut hadir dengan ciri kecerahan automatik pada skrin dan papan kekunci mengikut kehadiran pengguna dan situasi semasa. Menjadikan laptop lebih menarik adalah ia menyokong port ThinkBook Graphics Extension (TGX) baharu iaitu kad grafik luaran NVIDIA GeForce RTX. Lenovo menekankan yang laptop ini adalah laptop AI, oleh itu ia turut mempunyai kekunci Copilot. Selain itu penggunaan Stable Diffusion pada 14 i Gen 6+ akan pemprosesannya akan dipercepatkan dengan NVIDIA TensorRT.

Harga Lenovo ThinkBook 13x Gen 4 akan dijual pada harga bermula $1,399 (~RM6,496), sementara Lenovo ThinkBook 14i Gen 6+ pada harga bermula $2,199 (~RM10,210). Kamera web Magic Bay Studio akan dijual pada harga $199.99 (~RM929)

Berikut adalah spesifikasi bagi Lenovo ThinkBook 16p Gen 5;
Lenovo ThinkBook 16p Gen 5 |
---|
Intel Core i9 Gen 14 NVIDIA GeForce RTX 4060 |
64GB LPDDR5x (32GB+32GB) Dwi-slot SSD 4TB Gen 4 PCIe SSD (2TB + 2TB) |
16-inci, 3.2K 165Hz, 430 nits 100% DCI-P3 |
4x Speaker Harman/Kardon + Dolby Atmos 2x Mikrofon |
Kamera web FHD + Hybrid IR Pengatup privasi Windows Hello |
Bateri 80 Whr |
1x Pengimbas cap jari pada butang kuasa 2x USB-C Thunderbolt 4 1x Port bicu audio 3.5mm 3x USB-A (2x 5Gbps, 1x 10Gbps) 1x Pembaca kad SD 1x Port HDMI 2.1 1x Pin Pogo pin untuk ekosistem Magic Bay |
WLAN Wi-Fi 6E Bluetooth 5.2 |
ThinkBook 16p Gen 5 juga merupakan sebuah laptop yang memfokuskan tugasan AI. Ia dijana dengan cip Intel Core i9 Generasi ke-14, dipadankan dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 4060 serta NVIDIA TensorRT. Laptop ini turut boleh beroperasi pada kuasa 200W dengan Thermal Design Power oleh Lenovo sendiri. Cip Lenovo LA3 AI dan Smart Power 3.0 turut disertakan untuk ciri telesidang dan kecerahan automatik AI.

Pin Pogo turut ada pada 16p Gen 5 untuk ekosistem Magic Bay seperti kamera web Magic Bay Studio 4K dengan speaker terbina. Laptop ini akan dijual pada harga bermula $1,599 (~RM7,424) dengan kamera web Magic Bay Studio juga pada harga $199.99 (~RM929).