Cari @ Amanz

Empat komputer riba gaming di bawah keluarga Acer Predator Helios telah diumumkan di acara CES semalam. Kesemuanya dilengkapi cip Intel Core generasi ke-14 dan juga dipadankan kepada siri NVIDIA GeForce RTX 40 yang berkuasa.

Acer Predator Helios 18/ Helio 16 ialah model paling berkuasa dengan skrin 18″-16″ Mini LED dengan resolusi WQXGA dengan kadar segar semula 250Hz. Ia dipadankan kepada cip sehingga Intel Core-i9 14900HX, grafik NVIDIA GeForce RTX 4090, memori sehingga 32GB RAM dan storan sehingga 2TB. Papan kekunci MagKey 3.0 digunakan dengan butang WASD boleh digantikan dengan kekunci MagClick mekanikal atau kekunci MagSpeed dengan kubah getah.

Sistem penyejukan AeroBlade 3D generasi kelima memastikan kesejukan sistem sementara sistem lampu RGB digunakan pada papan kekunci, logo Predator dan panel di bahagian belakang komputer riba. Rangkaian WiFi 7 juga diberikan untuk memastikan internet pantas dapat dinikmati. Akhir sekali terdapat port Thunderbolt 4 USB-C dan pembaca kad mikro SD.

Acer Predator Helios Neo 18/ Helio Neo 16 pula dilengkapi skrin 18″-16″ IPS LCD dengan resolusi WQXGA dengan kadar segar semula 240Hz. Ia dipadankan kepada cip sehingga Intel Core-i9 14900HX, grafik NVIDIA GeForce RTX 4070, memori sehingga 32GB RAM dan storan sehingga 2TB.

Sistem penyejukan AeroBlade 3D generasi kelima memastikan kesejukan sistem sementara sistem lampu RGB digunakan pada papan kekunci sahaja tidak seperti model di atas. Rangkaian WiFi 7 juga diberikan bersama dengan port Thunderbolt 4 USB-C, HDMI 2.1 dan pembaca kad mikro SD.

Harga jualan adalah seperti di bawah.

  • Acer Predator Helios 18 (PH18-72) – bermula $2000 (~RM9293)
  • Acer Predator Helios 16 (PH16-72) – bermula $1900 (~RM8828)
  • Acer Predator Helios Neo 18 (PHN18-71) – bermula $1550 (~RM7207)
  • Acer Predator Helios Neo 16 (PHN16-72) – bermula $1500 (~RM6970)
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd