Cari @ Amanz

Teka-teki harga jualan tablet Huawei MatePad Pro 13.2″ di Malaysia juga terjawab apabila diumum bermula RM4,599 (12/256GB) dan RM4,999 (12/512GB). Diikuti juga hadiah bernilai RM3145 yang termasuk FreeBuds Pro 2, Huawei Sound Joy dan aksesori tambahan tablet untuk setiap pretempah dibuat.

Huawei MatePad 13.2″ dibuat khusus bagi kegunaan harian dengan pelbagai fungsi yang disediakan melaluinya. Misalnya seperti skrin 13.2″ OLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ia diikuti juga cip Kirin 9000s, memori 12GB RAM dan storan sehingga 512GB yang menjadi tunjang utama.

Bateri 10,100mAh disediakan menyokong pengecasan pantas 88W. Pada masa sama peranti juga mempunyai kamera utama 13MP + 8MP, kamera swafoto 16MP, enam pembesar suara dan empat mikrofon terbina.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd