Cari @ Amanz

Fon telinga Huawei FreeClip telah dijual secara rasminya di Malaysia dan anda yang berminat mendapatkannya boleh berbuat demikian bermula hari ini. Dijual pada RM899, ia boleh didapati menerusi pengedar sah Huawei di seluruh Malaysia.

Huawei FreeClip dibuat dengan rekaan yang unik seperti sepasang subang. Ia mempunyai dua bahagian yang meliputi Comfort Bean dan Acoustic Ball yang dicantum menggunakan C-bridge Design.

Cara penggunaan juga mudah dengan hanya meletakkan Comfort Bean di bahagian belakang telinga. Diikuti pula Acoustic Ball yang dimasukkan ke dalam telinga untuk pendengaran audio. Kawalan sesentuh disediakan pada permukaan dan boleh digunakan dengan selesa tanpa masalah.

Huawei FreeClip turut boleh digunakan sehingga 36 jam, di samping kalis air IP54 sesuai untuk bersenam. Dua pilihan warna disediakan yang termasuk Black dan Purple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd