SoundCloud merupakan salah satu platform yang digunakan ramai dalam berkongsi hasil muzik yang dicipta dan dibangunkan mereka. Ia dibangunkan dalam bentuk berbentuk sosial, dan mempunyai peminatnya tersendiri.

Terbaru, perkhidmatan yang diperkenalkan sekitar 2007 lepas ini dikatakan ingin dijual oleh pemilik mereka. SoundCloud mempunyai pelabur daripada Raine Group dan juga Temasek Holdings – yang ingin menjual perkhidmatan SoundCloud ini pada nilai mencapai $1 bilion.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapakah yang berpotensi membelinya. SoundCloud pada hari ini mempunyai lebih 40 juta artis yang menggunakan platform mereka, dan telah mengeluarkan lebih 320 juta kandungan melaluinya. Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengan SoundCloud ini dalam minggu-minggu akan datang.