Carian
Huawei Watch GT 4 Kini Ditawarkan Dalam Warna Light Gold – Harga RM1,299
January 9, 2024 Amy Maizuraa

Huawei kini hadir dengan kemaskini variasi warna baharu untuk jam tangan pintar Watch GT 4. Melaluinya ia kini boleh didapati dalam warna Light Gold sekaligus menyertai beberapa variasi warna sedia ada. Bagi yang berminat sesi pretembah dibuka sekarang dengan harga jualan RM1,299.

Tiada perubahan dibuat untuk perkakasan dalaman yang bermakna ia masih sama seperti sebelum ini. Di mana peranti menggunakan panel AMOLED berwarna yang juga menawarkan ciri Always-On Display (AOD), kawalan sesentuh sepenuhnya dan pilihan muka jam yang boleh dikostumasi.

Diikuti juga sensor kesihatan dan kecergasan standard terbina yang termasuk fungsi pemantauan kesihatan wanita. Dalam masa sama menyokong pembesar suara dan mikrofon terbina bagi tujuan panggilan bluetooth. Bateri pula boleh bertahan mencapai seminggu dan juga kalis air IP68.

Komen