Huawei Malaysia memeterai kerjasama strategik dengan kumpulan Touch ‘n Go, menerusi Touch ‘n Go eWallet untuk menawarkan penyelesaian pembayaran melalui kod QR secara masa nyata, hari ini.

Dengan fungsi yang akan disediakan pada Huawei Watch GT 4, pengguna Malaysia boleh membayar apa yang dibeli melalui jam tangan hanya dengan mengimbas kod khas yang disediakan. Ini bermakna proses pembayaran akan jauh lebih pantas, di samping meningkatkan pengalaman pelanggan yang lancar.

Namun menurut Huawei masih tiada jangka masa khusus penawarannya kepada umum yang boleh didedahkan buat masa ini.