Cari @ Amanz

Tanpa kita sedar, penggunaan tablet sebagai pengganti komputer sudah menjadi suatu norma di kalangan orang ramai. Keupayaan tablet untuk menggabungkan kebolehan produktiviti dengan reka bentuk yang ringkas telah mengubah cara kita berinteraksi dengan dunia digital. Dengan kehadiran pelbagai fungsi daripada tablet, ia sedikit sebanyak dapat memudahkan kita melaksanakan kerja-kerja digital.

Oleh itu, HUAWEI juga tidak melepaskan peluang untuk menawarkan inovasi terkini dengan memperkenalkan HUAWEI MatePad Pro 13.2. Tablet ini bukan sahaja menawarkan pengalaman menggunakan komputer dalam bentuk yang lebih kompak. Malah, meningkatkan produktiviti anda kerana lebih ringan untuk dibawa kemana-mana sahaja. Untuk tahu lebih lanjut, akan kami rungkaikan satu per satu apa kelebihan HUAWEI MatePad Pro 13.2 dalam artikel ini.

Rekabentuk Yang Elegan Dan Paparan Yang Memuaskan

Menyentuh kepada rekabentuknya terlebih dahulu, HUAWEI MatePad Pro 13.2 ini didatangkan dengan dua pilihan warna yang estetik iaitu Green dan Golden Black. Jika anda pernah lihat warna bagi HUAWEI Mate60 Pro sebelum ini, warna Green yang dibawakan untuk tablet kali ini adalah sama sahaja. Jika anda mahu kelihatan elegan, anda boleh pertimbangkan HUAWEI MatePad Pro 13.2 yang berwarna Green. Tetapi jika anda mahu kelihatan minimalis, anda boleh memilih HUAWEI MatePad Pro 13.2 yang berwarna Golden Black.

Seperti yang dinyatakan pada tajuk artikel ini, HUAWEI MatePad Pro 13.2 ini membawakan rekaan senipis 5.5mm dengan beratnya hanya 580g sahaja. Melalui rekaanya yang sebegini, lebih mudahlah untuk anda menyelit ke dalam beg atau membawanya kemana-mana. Bukan itu sahaja, skrin digunakan adalah sejenis OLED yang fleksibel sebesar 13.2” dengan kadar segar semula 144Hz. Melaluinya, HUAWEI MatePad Pro 13.2 ini dapat mencapai nisbah skrin ke badan menjadi sekitar 94% dan bezel nipis bersaiz 3.4mm. Ini sekaligus mampu memberikan anda pengalaman memuaskan ketika menatal ataupun membuat kerja-kerja digital. Ditambah lagi dengan HUAWEI X-True Display Technology, dimana ia membuatkan mata anda masih selesa walaupun telah menggunakan tablet pada jangka waktu yang lama.

Tingkatkan Lagi Produktiviti Dan Kreativiti Dengan M-Pencil Yang Baru

Apa yang lagi menarik adalah apabila HUAWEI MatePad Pro 13.2 ini digabungkan dengan stylus HUAWEI M-Pencil (3rd generation) yang dikuasakan dengan teknologi NearLink. Sokongan stylus ini adalah peranti pertama yang menggunakan teknologi NearLink. Melalui teknologi NearLink ini, anda dapat menikmati kepekaan sentuhan yang tinggi dengan latensi yang rendah. Sokongan stylus ini juga mempunyai kemampuan mengesan lebih 10,000 tahap tekanan, berbanding generasi sebelumnya atau stylus yang berada di pasaran Malaysia sekarang. Jadi, apabila anda sebagai seorang pelukis digital menggunakan HUAWEI MatePad Pro 13.2 ini, ia terasa seakan-akan melukis pada kertas sebenar. Oleh itu, gabungan HUAWEI MatePad Pro 13.2 dengan HUAWEI M-Pencil ini membuka pintu kepada anda untuk mengekspresikan kreativiti dan meningkatkan produktiviti dalam masa yang sama.

Pelbagai Cara Penggunaan Dengan Tambahan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard 

Tidak berhenti disitu sahaja, HUAWEI MatePad Pro 13.2 didatangkan dengan aksesori Smart Magnetic Keyboard iaitu papan kekunci fizikal. Melalui papan kekunci ini, anda boleh menukarkan kepada 3 mod sama ada Laptop Form, Split Form ataupun Studio Form. Bagi anda yang terbiasa membuat kerja digital menggunakan komputer riba, anda boleh menggunakan Laptop Form. Jika mahukan sedikit kelainan, anda boleh menggunakan Split Form dimana papan kekunci dan tablet boleh diletakkan berasingan mengikut keselesaan anda. Untuk kerja yang memerlukan kreativiti seperti melukis, anda boleh menggunakan Studio Form dimana M-Pencil boleh digunakan. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda keselesaan semasa menggunakan HUAWEI MatePad Pro 13.2.

Terdapat juga Trackpad yang sedia ada pada Smart Magnetic Keyboard. Trackpad ini sama saja seperti yang ada pada komputer riba lain tetapi dengan beberapa gestur yang boleh tingkatkan lagi produktiviti anda. Antara beberapa gestur yang ada adalah leretkan tiga jari ke kanan atau kiri untuk menukar aplikasi. Seterusnya, leretkan tiga jari ke atas untuk kembali ke paparan utama. Oleh itu, dengan penggunaan Trackpad pada Smart Magnetic Keyboard ini dapat mempercepatkan proses pelaksanaan kerja digital anda.

Prestasi Yang Lancar Untuk Penggunaan Harian 

Menyentuh kepada bahagian spesifikasi pula, HUAWEI MatePad Pro 13.2 ini dilengkapi dengan cip Kirin 9000s dimana cip yang sama digunakan pada HUAWEI Mate 60 Pro. Cip Kirin 9000s ini dibangunkan sendiri oleh HUAWEI. Melaluinya cip pemprosesan ini, anda dapat melaksanakan kerja digital malah bermain permua dengan lancar. Oleh itu, HUAWEI MatePad Pro 13.2 dapat meningkatkan produktiviti anda dalam setiap tugas yang dijalankan kerana penawaran prestasi yang cukup baik. Disamping itu, HUAWEI MatePad Pro 13.2 ini turut dibina dengan enam pembesar suara dimana ia dapat memberikan anda pengalaman audio yang memikat. Jadi, anda boleh nikmati kualiti audio yang baik apabila berkomunikasi dalam panggilan video. 

Untuk melaksanakan kerja digital, semestinya anda memerlukan bateri yang boleh bertahan lama. Masalah ini tidak perlu dirisaukan lagi, kerana HUAWEI MatePad Pro 13.2 ini mempunyai kapasiti bateri 10100 mAh. Dengan kapasiti bateri yang banyak ini, membolehkan anda untuk melakukan kerja digital dengan lebih lama. Tidak dilupakan juga, HUAWEI MatePad Pro 13.2 ini turut menyokong pengecasan 88W SuperCharge. Melaluinya, anda dapat mengecas peranti dari 0% kepada 85% dalam masa 40 minit sahaja. Jadi, anda tidak perlu menunggu lama untuk kembali menggunakan tablet anda dengan sepenuhnya. 

Kesimpulan

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa HUAWEI MatePad Pro 13.2 ini dapat meningkatkan produktiviti anda. Mengambil kira dari kelebihan yang ada pada tablet seperti rekabentuk dan paparan yang memuaskan, M-Pencil dan Smart Magnetic Keyboard untuk kepelbagaian cara penggunaan. Ditambah lagi dengan prestasi tablet yang lancar untuk penggunaan harian, ia semestinya mampu memberikan anda pengalaman yang lain daripada yang lain. 

Jika anda berminat, HUAWEI MatePad Pro 13.2 ini boleh dipra-tempah dari 9 Januari hingga 25 Januari 2024. Table ini dijual pada harga RM4,599 untuk warna Golden Black (12GB+256GB) dan warna Green (12GB+512GB) dengan harga RM4,999. Anda juga turut berpeluang untuk mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM3145 khusus untuk pra-tempah di laman web rasmi HUAWEI, Kedai Rasmi HUAWEI di Lazada dan Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee. Jadi, tunggu apa lagi? Tingkatkan produktiviti anda bersama HUAWEI MatePad Pro 13.2.

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd