Carian
Bytedance Dalam Perbincangan Untuk Menjual Aset Permainan Kepada Beberapa Pihak, Termasuk Tencent
January 9, 2024 Aman

Sebelum ini, telah hadir beberapa laporan menyatakan Bytedance ingin keluar dari arena permainan video, dan melihat untuk menjual aset yang sedia dimiliki mereka. Hari ini, mereka mengesahkan perkara berkenaan, menyatakan sedang berbincang dengan beberapa pihak yang berpotensi membeli aset permainan video mereka, termasuk bersama Tencent.

Walaubagaimanapun, setakat ini tiada sebarang keputusan akhir yang telah diambil oleh Bytedance.

Bytedance sedia memiliki Moonton yang menerbitkan permainan popular Mobile Legends Bang Bang. Disamping itu, mereka turut mempunyai beberapa syarikat permainan video lain.

Pihak Tencent tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini buat masa ini.

Komen