Chatbot dengan sokongan AI ChatGPT kelak akan turut boleh diakses terus menerusi sistem infohibur kenderaan keluaran Volkswagen. Di CES, Volkswagen mengumumkan kenderaan mereka akan menerima integrasi ChatGPT bermula Q2 2025.
Integrasi ChatGPT in dilakukan menerusi pembantu maya IDA yang digunakan pada kenderaan mereka sekarang. Pemilik hanya perlu menekan butang IDA pada stereng atau menggunakan kata kunci “Hello IDA” untuk menyeru dan segala persoalan yang diberikan akan dijawab dengan bantuan ChatGPT. Tiada aplikasi baharu perlu dimuat turun oleh pemilik.
Kenderaan yang akan menerima kemas kini ChatGPT ialah Volkswagen ID.703, ID.4, ID.5, ID.3, Tiguan, Passat, dan Golf. Volkwagen berkata tiada data pengguna akan disimpan dengan jawapan yang diberikan akan dipadam serta merta. ChatGPT juga tidak akan menyimpan maklumat mengenai kenderaan atau pemilik bagi memastikan privasi mereka terpelihara.