Carian
Fast Pair Kini Disokong Pada Google TV
January 10, 2024 Effi Saharudin

Berita baik bagi pemilik TV pintar Google TV kerana ciri Fast Pair untuk menambat aksesori audio akan mula disokong oleh sistem operasi ini. Menurut Google pada peringkat permulaan Fast Pair akan disokong pada dongel Chromecast with Google TV terlebih dahulu sebelum dikembangkan kepada semua Google TV di pasaran.

Dengan sokongan ini, aksesori yang menyokong Fast Pair akan dapat ditambat kepada Google TV dengan lebih mudah kerana ia akan mengesan aksesori secara automatik sejurus selepas ia digunakan untuk pertama kali. Antara aksesori audio yang menyokong Fast Pair ialah yang dikeluarkan oleh Sony, Google, Jabra dan OnePlus.

Sebagai pemilik peranti Android, Fast Pair ialah ciri yang amat berguna kerana kami tidak perlu menekan butang fizikal pada sisi TWS baharu misalnya untuk ditambat kepada telefon. Selain aksesori audio, Fast Pair juga kini menyokong jam tangan pintar seperti Pixel Watch.

Komen