Carian
X Mengatakan Mereka Kini Adalah Platform Mengutamakan Video
January 10, 2024 Aman

X sebelum ini dikenali sebagai Twitter, dengan mengutamakan perkongsian dalam bentuk teks. Namun, kini pada 2024, perkara berkenaan berubah, dan X kini menjadi platform yang melihat kepada pengutamaan video.

Mengikut perkongsian pihak X, dalam 8 daripada 10 sesi pengguna, ia didapati pengguna menonton video. Selari dengannya juga, pihak X telah memperkenalkan beberapa kaedah tontonan – termasuk Immersive Video yang menyaksikan lebih 100 juta pengguna setiap hari.

Disamping itu, X turut menawarkan kebolehan memuat-naik video yang berdurasi panjang, dan menyaksikan ramai mula menonton video berdurasi lebih 30 minit.

Selari dengan perkembangan ini juga, pihak X turut menyatakan akan bekerjasama dengan sejumlah penerbit kandungan untuk menerbitkan kandungan asli eksklusif pada platform berkenaan. Dengan penambahan kandungan juga, ia secara tidak langsung dijangka meningkatkan lagi pendapatan iklan platform berkenaan.

Komen