Honda merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi dalam arena automotif. Terbaru, bersempena dengan CES 2024 yang berlangsung di Las Vegas, Honda mengambil peluang untuk memperkenalkan kemaskini pada penjenamaan melalui pengenalan logo baharu.
Honda maklumkan yang mana logo baharu ini akan digunakan oleh mereka pada kenderaan elektrik generasi baru. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah kenderaan pertama Honda yang akan menggunakan logo baharu ini.
Rekaan logo baru ini memperkenalkan elemen logo sedia ada, tetapi membuang kotak yang sering meliputi logo “H” sebelum ini.
Bagi anda, adakah anda mengemari logo baharu ini, atau lebih mengemari akan logo sedia ada Honda?