Cari @ Amanz

Sempena CES 2024, Google telah mengesahkan yang Nearby Share kini menjadi Quick Share dan sokongan Fast Pair kini ke Google TV. Dalam pengumuman yang sama, Google turut mengumumkan sesuatu berkaitan dengan Chromecast.

Pengguna TikTok kini boleh menyiarkan kandungan daripada aplikasi di dalam telefon ke skrin yang lebih besar dengan Chromecast. Ini bermakna, mana-mana 220 juta peranti dan televisyen Android TV/Google TV boleh menggunakannya.

Bukan itu sahaja, Google turut mengumumkan yang Chromecast kini diintegrasikan ke dalam ekosistem LG Hospitality dan LG Healthcare agar pengguna boleh menyiarkan kandungan dalam telefon dengan mudah dengan Chromecast pada televisyen LG di hotel dan hospital.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd