Cari @ Amanz

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil harini telah barkongsi sedikit kemaskini berkenaan pemindahan agensi kerajaan yang sebelum ini dibawah Kementerian Komunikasi untuk dikendalikan oleh Kementerian Digital dibawah kendalian Gobind Singh Deo.

Terbaru dari pengumuman harini, adalah perpindahan agensi MAMPU, DNB, dan juga Cybersecurity Malaysia yang kini akan berada dibawah kelolaan Kementerian Digital. Beliau turut menambah yang mana Cybersecurity Malaysia akan menggunakan nama lain, dan akan diumumkan oleh Kementerian Digital. Selain dari itu, peralihan dari Rangkaian Tunggal ke Dwi-Rangkaian sedang menunggu keputusan mesyuarat jemaah menteri, dan akan dilaksanakan selepas kata putus dicapai.

Satu lagi pengumuman adalah mengenai MIMOS yang sebelum ini berada dibawah kendalian Jabatan Perdana Menteri, akan dipindahkan semula kepada MOSTI. Namun dibawah kendalian MIMOS, terdapat projek MYDigital dan inisiatif ini akan kekal dibawah kendalian Jabatan Perdana Menteri, dan dijangka akan dipindahkan kepada Kementerian Digital kelak. 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd