Papan kekunci nirwayar dan tetikus di pasaran boleh digunakan sehingga beberapa bulan menggunakan bateri sel kering. Di CES, Lenovo memperlihatkan konsep Mechanical Energy Harvesting Combo yang merupakan papan kekunci dan tetikus yang menjana kuasa menggunakan kombinasi tenaga kinetik dan kuasa solar.

Pada papan kekunci terdapat panel solar yang mengecas bateri terbina. Sebuah tombol pada bajhagian kiri papan kekunci ini juga jika diputarkan selama lima minat boleh menjana kuasa untuk ia digunakan selama 30 minit. Ia juga boleh menjana kuasa elektrik menerusi suis mekanikal ketika pengguna menaip.

Sementara itu pada tetikus terdapat roda yang apabila diputarkan selama seminit akan memberikan hayat penggunaan selama 30 minit. Secara teorinya kedua-dua peranti input komputer ini boleh beroperasi tanpa perlu menggunakan sumber kuasa konvensional atau bateri. Pada waktu ini Mechanical Energy Harvesting Combo masih sekadar konsep sahaja.