Beberapa minggu selepas melancarkan siri Intel Core Ultra dengan NPU yang boleh menjalan kecerdasan buatan (AI) secara terbina, Intel mengumumkan mereka turut akan menawarkan cip AI untuk kegunaan kenderaan generasi akan datang. Cip Software-Defined Vehicle (SDV) ini akan terdiri daripada beberapa cip yang akan ditawarkan kepada pelanggan bergantung kepada keperluan mereka.

Dengan kemampuan AI, cip boleh melakukan tugasan seperti menerima arahan suara dengan lebih baik. menjalankan AI generatif, melakukan telesidang pada resolusi tinggi dan menjalankan permainan PC terus pada sistem info hibur kenderaan. Zeeker, anak syarikat Geely menjadi pengeluar pertama yang akan menggunakan cip AI automotif Intel
Turut diumumkan ialah Intel mengambil alih Silicon Mobility SAS yang menghasilkan PSC kawalan tenaga untuk EV. Memerusi algoritma, cip ini boleh melalukan pengurusan tenaga untuk EV dengan lebih efisien. SDV bukan cip pertama Intel untuk kegunaan automotif. Mereka telah lama menceburi arena automotif dengan cip Intel digunakan pada lebih 50 juta kenderaan seluruh dunia pada ketika ini.