Cari @ Amanz

Pada 2022 yang lepas, Twitter telah menambah sokongan NFT pada perkhidmatan mereka, yang membolehkan pengguna menetapkannya sebagai gambar profil. Ia diperkenalkan secara terhad kepada pengguna berbayar Twitter Blue sahaja.

Twitter NFT Profil

Namun, kini melalui kemaskini tahun 2024, pihak X dilihat telah membuang sokongan untuknya. Pengguna tidak lagi boleh menetapkan NFT sebagai gambar profil – namun pengguna yang telah sedia menetapkannya, sokongan paparan untuknya masih belum dibuang buat masa ini.

Sebelum ini, selain X, pihak Instagram dan Facebook turut telah membuang sokongan NFT pada platform mereka selepas bereksperimen dengannya untuk beberapa bulan. Dengan X turut membuangnya, adakah kita akan melihat platform-platform lain turut mengambil langkah lebih kurang sama?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd