Cari @ Amanz

Siri HP Spectre x360 mungkin antara komputer riba paling menawan rekaannya di pasaran sekarang. Kombinasi bahan binaan premium dipadakan dengan rekabentuk tubuh yang agak tidak konvensional. Di CES, HP Spectre x360 telah dikemaskini dengan komponen baharu bagi menawarkan prestasi yang lebih baik.

HP Spectre x360 14 dan HP Spectre x360 16 baharu telah diumumkan dengan masing-masing dilengkapi skrin 14″ dan 16″ OLED sehingga 2.8K, 120Hz dengan sokongan sentuhan serta stylus. Panel OLED ini melepasi piawaian IMAX Enhanced Certification serta bernisbah 16:10 untuk tugasan produktiviti yang lebih baik.

Skrin mewah yang boleh dilipat 360 darjah ini ke mod tablet ini dipadankan dengan cip sehingga Intel Core Ultra 7, kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 4050, memori sehingga 32GB RAM, storan sehingga 2TB dan bateri yang boleh bertahan sehingga 18.5 jam. Sistem audio terdiri daripada Poly speaker kuad oleh Poly Studio dengan sokongan DTS:X Ultra, dan HP Audio Boost.

Harga jualan untuk HP Spectre x360 14 inch 2-in-1 Laptop PC adalah bermula daripada $1500 (~RM6962) manakala HP Spectre x360 16 inch 2-in-1 Laptop PC pula bermula daripada $1600 (~RM7426) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd