Cari @ Amanz

Amazfit yang sedia terkenal dengan penawaran jam tangan pintar, kini mencuri perhatian ramai pada acara CES 2024 melalui pengenalan cincin pintar pertama mereka, dinamakan Hello Ring.

Amazfit Hello Ring ini hadir dengan rekaan menggunakan titanium, serta menawarkan kadar ketahanan air 10ATM yang mampu bertahan pada kedalaman air sehingga 100 meter.

Menariknya pada cincin pintar ini adalah ia hadir dengan sejumlah sensor untuk memantau kadar denyutan nadi, SpO2, pemantauan kadar tekanan, dan juga pemantauan corak tidur. Disamping itu, pengguna juga turut boleh menggunakan ia bersama sejumlah mod kecergasan dan memantaunya bersama-sama aplikasi Amazfit.

Amazfit Smart Ring ini hadir dalam dua saiz pilihan, iaitu saiz 10 dan saiz 12. Amazfit turut menyatakan cincin pintar ini boleh digunakan bersama jam tangan pintar mereka – sekaligus menawarkan data yang lebih baik kepada pengguna.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Amazfit Smart Ring ini akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd