Carian
Siri Oppo Reno 11 Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM1,899
January 11, 2024 Amy Maizuraa

Oppo telah melancarkan barisan telefon pintar Reno baharu di Malaysia. Sebanyak dua model disediakan yang termasuk Reno 11 Pro 5G dan Reno 11 5G yang dibuat khusus bagi anda yang meminati fotografi potrait.

Oppo Reno 11 Pro 5G dilengkapi skrin OLED 120Hz sebesar 6.7″ beresolusi FHD+, HDR10 dan kecerahan puncak 500nits. Ini digabung pula dengan cip MediaTek Dimensity 8200, memori 12GB RAM LPDDR5X dan storan 512GB UFS 3.1 sebagai tunjang utama.

Bateri 4,600mAh digunakan menyokong pengecasan pantas 80W. Diikuti juga tri-kamera dengan sensor 50MP utama (Sony IMX890) + 32MP telefoto (Sony IMX709) + 8MP sudut lebar (Sony IMX355) dengan OIS terbina. Kamera swafoto pula sebesar 32MP (Sony IMX709), selain peranti juga mempunyai NFC, IR Blaster, sambungan bluetooth 5.4 dan menjalankan ColorOS 14 (berasaskan Android 14).

Oppo Reno 11 5G pula menggunakan skrin OLED 6.7″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Diikuti juga cip MediaTek Dimensity 7050, memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB sebagai tunjang utama dengan sokongan kad mikroSD. Bateri 5000mAh digunakan boleh dicas dengan port USB-C dan pengecasan 67W.

Kemudian kameranya terdiri dengan 50MP utama (Sony LYT600) + 32MP telefoto (Sony IMX709) + 8MP Ultra lebar (Sony IMX355) di belakang dan swafoto 32MP. Lain-lain spesifikasi termasuk NFC, IR Blaster, bluetooth 5.3 dan menjalankan ColorOS 14 (berasaskan Android 14).

Bagi yang berminat Oppo Reno 11 5G dijual pada RM1899, seterusnya Reno 11 Pro 5G pula berharga RM2499.

Komen