Cari @ Amanz

Oppo Pad Neo diumumkan di Malaysia sebagai tambahan bagi tablet sedia ada. Ia sesuai dijadikan tablet untuk kegunaan kerja harian khususnya pelajar tetapi kurang disarankan untuk penggunaan berat. Untuk spesifikasi ia dilengkapi skrin LCD 11.4″ (2408 X 1720 piksel) dengan kadar segar semula 90Hz dan bernisbah aspek 7:5.

Ini digabung pula cip MediaTek Helio G99, memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB untuk tunjang utama. Selain daripada itu tablet ini juga mempunyai kamera utama 8MP, kamera swafoto 8MP dan bateri berkapasiti 8000mAh dengan pengecasan 33W SUPERVOOC. Turut disokong lagi sambungan WiFi 5, port USB-C, bluetooth 5.2 dan empat pembesar suara dengan Dolby Atmos.

Bagi yang berminat harga jualannya bermula RM1,199 untuk versi Wi-Fi (6/128GB). Sementara itu versi LTE pula berharga RM1,399 (8/128GB).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd