Oppo Enco Buds2 Pro dan Oppo Enco Air3s turut diumumkan pada hari ini. Kedua-duanya merupakan fon telinga nirwayar bertangkai dengan fungsi menarik disediakan. Misalnya seperti pembatalan hingar aktif, bateri berpanjangan dan sambungan yang baik.
Oppo Enco Buds2 Pro menggunakan pemandu audio sebesar 12.4mm bersama dua mikrofon terbina. Ia juga menawarkan sokongan AI Clear Call Algorithm untuk panggilan lebih baik. Dalam masa sama mampu beroperasi sehingga 8 jam melalui fon telinga sendiri dan maksimum 38 jam pula dengan pod pengecas. Terdapat kemampuan kalis air IP55 membuatkan ia sesuai dibawa bersenam. Tambatan pantas pula boleh dibuat melalui bluetooth 5.3.
Oppo Enco Air3s pula menggunakan pemandu audio 13.4mm dengan pembatalan hingar aktif berasaskan AI. Ia juga menawarkan sokongan Audio Alive untuk pengalaman pendengaran lebih baik. Pada masa sama mampu beroperasi sehingga 6 jam melalui fon telinga sendiri dan maksimum 25 jam pula dengan pod pengecas. Lain-lain spesifikasi termasuk kalis air IP54, bluetooth 5.3 dan menyokong sambungan dwi-peranti serentak. Bagi yang berminat Enco Buds2 Pro dijual pada RM169, sementara itu Enco Air 3s berharga RM249.