Cari @ Amanz

Bangunan Merdeka 118 akhirnya telah dibuka secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam. Dengan ini ia menjadi bangunan kedua tertinggi dunia dengan ketinggian 678.9 meter dan mempunyai 118 tingkat. Sebagai perbandingan menara tertinggi dunia Burj Khalifa berketinggian 828 meter dan mempunyai 163 tingkat.

Merdeka 118 – Gambar oleh PNB Merdeka Ventures

Ini juga bermakna Merdeka 118 ialah bangunan tertinggi di Malaysia melangkaui Exchange 106 (453.6 meter) dan tertinggi di Asia memintas Shanghai Tower (632 meter). Bangunan Merdeka 118 dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan ia mula dibina pada Julai 2014 dan siap pada penghujung 2023. Proses pembinaan tergendala disebabkan oleh pandemik menyebabkan ia dibuka lewat daripada tarikh awal 2022.

Ia mempunyai keluasan lantai 400,000 meter persegi yang menempatkan ruang pejabat, pusat membeli belah dan juga hotel. Kos pembinaannya pula adalah sekitar RM5 bilion. Bentuk bangunan ini mungkin kelihatan aneh tetapi ini adalah kerana ia mengambil inspirasi daripada tubuh Tunku Abdul Rahman ketika melakukan deklamasi kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd