Cari @ Amanz

Measat, salah satu operator satelit di Malaysia, disamping turut menyediakan perkhidmatan internet melalui satelit dibawah jenama ConnectME, kini mengumumkan mereka telah secara rasminya dilantik menjadi pengedar rasmi Starlink di Malaysia.

Perjanjian melibatkan perkara ini telah pun dimeterai secara rasminya Disember 2023 lepas. Measat turut menyasarkan dengan langkah ini, ia akan membolehkan mereka terus memperluaskan perkhidmatan internet di 3% kawasan yang masih tidak diliputi rangkaian internet disebabkan faktor lokasi dan kawasan.

Disamping penawaran perkhidmatan Starlink, Measat juga akan turut menyediakan perkhidmatan pelanggan 24 jam, termasuk sokongan dan penyelenggaraan kepada pelanggan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd