Cari @ Amanz

Adakah anda tahu yang Google mempunyai maskot untuk Android? Setiap tahun apabila Android baharu dilancarkan, ibu pejabat Google pasti akan mempunyai patung Android gergasi mewakili versi terkini. Pelbagai iterasi telah diperlihatkan seperti Oreo, KitKat, Ice Cream Sandwich dan banyak lagi.

Tahukah anda yang maskot ini ada nama? Bukan bugdroid yang orang ramai berikan, tetapi The Bot. Ya, di acara CES 2024 Google mengesahkan yang nama maskot Android mereka adalah The Bot. Tahun lepas, Android turut telah melalui penjenamaan semula yang kecil.

Rekaan The Bot kini lebih tersendiri dan mempunyai perwatakan untuk menyesuaikan diri di dunia digital dan realiti. Perkataan “android” kini menjadi “Android” dan akan datang semua peranti Android turut akan ditukar dengan teks Powered by Android. “a” kini adalah huruf besar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd