Carian
CelcomDigi Fiber Menawarkan Insurans Daripada Buli Siber, Pencuri Identiti Dan Scam
January 11, 2024 Effi Saharudin

CelcomDigi Fibre kini menawarkan perkhidmatan tambahan di bawah payung Digital Trust Services yang memastikan keselamatan pelanggan ketika di atas talian. Pertama sekali Cyber Insurance Protection adalah insurans yang merangkumi kos guaman dan akses kepada rawatan kesihatan mental sekiranya menjadi mangsa buli siber.

Pelanggan juga mendapat perlindungan daripada kecurian, barangan tidak sampai, penipuan atas talian, dan sekiranya menjadi mangsa kecurian identiti. Insurans ini ditawarkan dengan kerjasama Oyen pada harga serendah RM6 sebulan.

Digital Trust Services juga menawarkan perlindungan keselamatan sekuriti 24/7 sehingga 10 peranti yang dimiliki daripada serangan siber seperti perisian tebusan, hasad, virus dan banyak lagi. Perkhidmatan ini ditawarkan pada harga bermula RM5 sebulan. Untuk maklumat lebih lanjut sila ke laman rasmi CelcomDigi.

Komen