Cari @ Amanz

Semasa mengambil lesen memandu antara ujian yang paling digeruni ialah memasukkan kereta ke dalam kotak parkir sisi. Ramai yang gagal di sini kerana tidak boleh mengagak jarak dengan baik atau enjin mati.

Pelbagai teknologi seperti sensor undur dan kamera belakang telah disertakan dalam kenderaan moden untuk memudahkan proses parkir. Di CES, sebuah Hyundai Ionic telah diubahsuai dengan sistem roda yang membolehkan ia bergerak ke sisi seperti ketam.

Roda Mobis e-Corner ini dibangunkan oleh anak syarikat Hyundai. Ia membolehkan kesemua empat roda pada kereta diputarkan sehingga 90 darjah. Ini membolehkan ia bergerak ke sisi seperti ketam sekaligus mempercepatkan proses keluar dan masuk ruang parkir sisi.

Selain itu terdapat mod untuk bergerak secara sendeng untuk memudahkan kenderaan memotong, mod berpusing 90 darjah dan berputar 360 darjah secara setempat. Setiap unit Mobie e-Corner dilengkapi motor elektrik, sistem suspensi dan brek tersendiri yang dikawal oleh komputer membolehkan ia berfungsi serentak atau kendiri mengikut keperluan. Sistem in masih di fasa prototaip sahaja pada waktu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd