Cari @ Amanz

Xiaomi Malaysia hari ini telah melakukan kejutan dengan melancarkan Poco X6, Poco X6 Pro dan Poco M6 Pro sebelum Redmi Note 13. Menurut Xiaomi, ketiga-tiga peranti disasarkan untuk golongan Gen-Z yang menggemari permua, penstriman dan media sosial.

Poco X6

Peranti ini hadir dengan skrin 6.67-inci AMOLED 120Hz, 1.5K, 500 nits, dilindungi Gorilla Glass Victus dan menyokong paparan Dolby Vision. Peranti dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 2, dipadankan dengan memori dan storan mencapai 12GB LPDDR4X serta 512GB UFS 2.2. Kamera adalah 64+8+2 MP OIS , kamera swafoto 16MP, bateri 5100mAh dan pengecasan pantas 67W.

Ia menjalankan sistem operasi HyperOS Android 14 yang menjadikannya peranti Xiaomi pertama 2024 keluar daripada kotak dengan sistem operasi terbaru. Masih mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin, sensor infra merah dan perlindungan IP54. Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu hitam, biru atau putih. Rekaan peranti juga adalah premium dan menyasarkan rekabentuk lebih kurang sama untuk kebanyakan peranti Xiaomi 2024.

Poco X6 Pro

Secara keseluruhan model Pro membawakan spesifikasi yang lebih kurang sama. Daripada rekaan sehinggalah ke skrin. Tubuh X6 Pro nampak lebih premium dan dalamannya lebih berkuasa. Misalnya cip yang digunakan adalah Dimensity 8300-Ultra dengan memori dan storan sehingga 12GB LPDDDR5X serta 512GB UFS 4.0. Kamera sama sahaja iaitu 64+8+2 Megapixel dengan kamera swafoto 16 MP dalam lubang di skrin.

Bateri peranti adalah 5000mAh dengan pengecasan pantas 67W, turut menjalankan HyperOS, mempunyai sensor infra merah, kalis air IP54 dan menawarkan pilihan warna kuning, kelabu atau hitam. Menurut Poco, X6 Pro adalah model mereka yang paling berkuasa untuk awal 2024.

Poco M6 Pro

Akhir sekali adalah model paling asas. Skrin juga sama tetapi terhad dengan resolusi FHD+ serta perlindungan Gorilla Glass 5 sahaja. Cip adalah Helio G99-Ultra yang dipadankan dengan memori dan storan sehingga 12GB RAM LPDDR4X serta 512GB UFS 2.2. Konfigurasi kamera juga kekal sama iaitu 64+8+2 Megapixel dengan kamera swafoto 16MP.

Ia turut menjalankan HyperOS, ada perlindungan IP54, sensor infra merah, bicu audio 3.5mm tetapi tiada 5G. Bateri adalah 5000mAh dengan pengecasan pantas 67W dan pengimbas cap jari bawah skrin juga ditawarkan. Poco M6 Pro didatangkan dengan pilihan warna hitam, biru atau ungu.

Harga

Berikut adalah harga jualan rasmi bagi ketiga-tiga model Poco baharu. Sempena pelancaran, Xiaomi Malaysia menawarkan diskaun jika anda membeli peranti ini di Shopee atau di Lazada. Untuk Poco X6 Pro dan M6 Pro jualan promosi boleh didapatkan di Shopee pada harga bermula RM1299 dan RM839. Sementara Poco X6 terhad di Lazada dengan harga bermula RM1059.

PocoVarianHarga RasmiHarga Promosi
POCO X6 Pro 5G8/256 GBRM 1,499RM 1,299
12/512 GBRM 1,699RM 1,499

POCO X6 5G
8/256 GBRM 1,199RM 1,059
12/256 GBRM 1,299RM 1,159
12/512 GBRM 1,499RM 1,359

POCO M6 Pro
8/256 GBRM 999RM 839
12/512 GBRM 1,199RM 1,039
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd