Cari @ Amanz

Gigabyte telah melancarkan komputer riba gaming AORUS 17X dan AORUS 16X baharu di CES 2024. Kedua-duanya hadir dengan cip Intel Core generasi ke-14 bersama siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000.

Ia juga dimuatkan beberapa teknologi terkini Gygabyte seperti AI Nexus yang menjadi perisian kawalan bertujuan meningkatkan penguruan kuasa dan prestasi. Sementara itu WINDFORCE Infinity Cooling System pula untuk pengaliran haba lebih stabil. Terdapat juga butang kekunci panas Copilot disediakan pada kedua-duanya.

AORUS 17X menampilkan skrin QHD sebesar 17.3″ dengan resolusi 2560 X 1440 piksel dan kadar segar semula 240Hz. Paparannya juga menerima pengiktirafan Pantone dan pensijilan TÜV Rheinland yang berguna untuk kegunaan tempoh masa panjang. Pilihan CPU Intel Core i9-14900HX dan GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4090 digunakan sebagai tunjang utama. Diikuti pula gabungan memori 32 GB DDR5 dan storan 2TB PCIe Gen4.

AORUS 16X pula dilengkapi skrin WQXGA (2560 X 1600 piksel) sebesar 16-inci dengan kadar segar semula 165Hz dan bernisbah aspek 16:9. Diikuti pilihan CPU Intel-Core i9-14900HX, Intel-Core i7-14650HX dan Intel-Core i7-13650H. Di samping pilihan GPU GeForce RTX 4070/RTX 4060 bersama memori 32 GB DDR5 dan storan 2TB PCIe Gen4.

Pelbagai pilihan port disediakan yang termasuk port Thunderbolt 4.0, port USB 3.2 Gen1 Type-A, Ethernet, bicu audio, HDMI 2.1 dan mini DP. Kedua-duanya juga menyokong kapasiti bateri 99Wh. Tiada harga jualan didedahkan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd