Carian
Kerajaan Akan Fokuskan Sasaran Capaian 5G 100% Di Semua IPTA Pada 2024
January 13, 2024 Aman

Kementerian Komunikasi kini mengumumkan akan memfokuskan kepada capaian 100% liputan rangkaian 5G di semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 2024 ini. Ini sekaligus akan membolehkan para pelajar di semua universiti awam untuk menikmati rangkaian telekomunikasi generasi baharu – sekaligus mempertingkatkan lagi kadar penggunaannya.

Perkongsian ini hadir selepas kerajaan mengumumkan kadar liputan rangkaian 5G kini telah mencapai 80.2% kawasan berpenduduk di Malaysia.

Pada hari ini, masih ramai pengguna yang menggunakan rangkaian 4G dalam perhubungan seharian, termasuk untuk panggilan dan juga akses internet. Dengan akses 5G, ia dijangka membuka lembaran baharu – dan pengenalan di universiti juga dijangka akan membuka kepada pelbagai kajian baharu yang hasil daripadanya kelak.

Komen