Carian
Ciri Galaxy AI Pada Siri Galaxy S24 Akan Turut Diberikan Pada Peranti Samsung Lama
January 18, 2024 Effi Saharudin

Siri Samsung Galaxy S24 menjadi yang pertama ditawarkan sebagai peranti AI oleh Samsung. Ia boleh melakukan alih bahasa panggilan telefon, menjana teks, memberikan saranan dan melakukan suntingan gambar menggunakan bantuan Galaxy AI. Walaupun dilancarkan pada siri Galaxy S24, Samsung mengesahkan beberapa ciri baharu ini akan kemudiannya diberikan juga pada peranti mereka yang telah dilancarkan sebelum ini.

Samsung belum memberikan perincian apakah ciri yang akan diterima model seperti S23, Z Fold5 dan Z Flip5. Yang pasti ia akan bergantung kepada spesifikasi peranti memandangkan ciri Call Assist dan Chat Assist misalnya adalah model AI yang terbina peranti.

Cip yang digunakan perlu mempunyai NPU yang berkuasa untuk menjalankannya. Ciri Circle Search with Galaxy dan suntingan gambar AI generatif mungkin lebih mudah diberikan menerusi kemas kini perisian kerana ia hanya memerlukan sambungan internet untuk berfungsi. Kami akan mengemaskini senarai peranti-peranti yang akan menerima ciri Galaxy AI. Samsung sekadar mengatakan kemas kini akan diberikan pada H1 2024.

  • Pra-Tempah :
Komen