Teka-teki tarikh pelancaran siri Realme 12 Pro akhirnya terjawab apabila diumumkan berlangsung secara global pada 29 Januari 2024. Peranti yang sedia diacah sejak awal minggu lalu akan muncul secara rasmi tidak lama lagi.
Ia akan dipasarkan sebagai peranti mercu dengan kamera periskop 200MP. Pada masa sama peranti juga dimuatkan inovasi serba canggih yang termasuk penggunaan sensor Sony IMX890 dengan OIS untuk kamera utamanya dan dibuat dengan kerjasama jenama jam tangan mewah Rolex.
Butiran mengenai spesifikasi masih belum didedahkan buat masa ini. Namun ramai berspekulasi telefon pintar berkenaan dipercayai disediakan dalam dua variasi. Salah satunya ialah Realme 12 Pro+ 5G yang juga melepasi laman pensijilan SIRIM baru-baru ini.