Cari @ Amanz

Kemaskini baharu di Facebook rasmi menunjukkan Realme dalam persediaan hadir dengan siri peranti baharu. Ia merupakan pengenalan untuk Realme Note namun butiran lanjut mengenainya tidak didedahkan setakat ini. Realme sebaliknya meminta orang ramai agar bersabar terlebih dahulu sementara menunggu kenyataan rasmi dari pihaknya.

Ramai berspekulasi siri Realme Note baharu itu dipercayai boleh terdiri dengan telefon pintar pelbagai segmen yang bermula dari bajet hingga mercu. Selain itu juga wujudnya sebuah peranti dengan model RMX3834 (realme Note 50) telah didaftarkan melalui Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi (NBTC) sebelum ini.

Bagi ketahui lebih lanjut mengenai kejutan yang disediakan oleh Realme ini, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya dari masa ke semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd