Siri Redmi Note 13 secara rasminya memasuki pasaran global termasuk Malaysia pada hari ini. Sebanyak empat variasi disediakan iaitu Redmi Note 13, Redmi Note 13 5G, Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G. Harga jualan di Malaysia adalah seperti berikut:

- Redmi Note 13 – RM749 (6/128GB), percuma Redmi Buds 4 Active (bernilai RM119).
- Redmi Note 13 – RM899 (8/256GB), percuma Redmi Buds 4 Active (bernilai RM119).
- Redmi Note 13 5G – RM1,099 (8/256GB), percuma Redmi Buds 4 Active (bernilai RM119).
- Redmi Note 13 Pro 5G – RM1,399 (8/256GB), percuma Redmi Buds 4 Active (bernilai RM119) & Xiomi Smart Band 8 Active (bernilai RM129).
- Redmi Note 13 Pro+ 5G – RM1,599 (8/256GB), percuma Redmi Buds 4 Active (bernilai RM119) & Xiomi Smart Band 8 Active (bernilai RM129).
- Redmi Note 13 Pro+ 5G – RM1,999 (12/512GB), percuma Redmi Buds 4 Active (bernilai RM119) & Xiomi Smart Band 8 Active (bernilai RM129).
Anda juga berpeluang memberi Redmi Note 13 (6/128GB) dengan harga promosi serendah RM699 secara atas talian untuk masa terhad. Jualan pertama untuk kesemua peranti bermula pada 20 Januari 2024 menerusi pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia.


Redmi Note 13 dilengkapi skrin AMOLED FHD+ 6.67″ dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 1800nits dan gamut warna DCI-P3. Ini digabung juga cip Snapdragon 685, memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 5,000mAh disertakan boleh dicas menerusi port USB-C dan pengecasan 33W. Seterusnya kamera utama 108MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro, swafoto 16MP dan kalis air IP54 turut melengkapi peranti.


Redmi Note 13 5G turut berkongsi sebahagian besar perkakasan dalaman yang sama. Misalnya seperti skrin AMOLED 6.67″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.Peranti juga dilengkapi bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 33W, kamera utama 108MP + 8MP + 2MP, swafoto 16MP dan kalis air IP54. Perbezaan sudah semestinya terletak pada cip pemprosesan yang menggunakan Dimensity 6080 pada peranti ini.

Redmi Note 13 Pro 5G pula menggunakan skrin CrystalRes AMOLED 1.5K 6.67″ dengan kadar segar semula 120Hz. Digabung juga dengan cip Snapdragon 7s Gen 2 dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB sebagai tunjang utama.

Kamera utama pula sebesar 200MP OIS + 8MP ultra-lebar + 2MP makro, diikuti pula kamera swafoto 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuk bateri 5,100mAh yang menyokong pengecasan 67W, kalis air IP54, bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, NFC dan IR Blaster.

Akhir sekali Redmi Note 13 Pro+ 5G yang dilengkapi skrin CrystalRes AMOLED 6.67″ 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1800nits. Diikuti juga cip MediaTek Dimensity 7200-Ultra, memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB sebagai tunjang utama.


Bateri pula sebesar 5,000mAh yang boleh dicas menggunakan port USB-C dan pengecasan pantas 120W. Turut melengkapinya kamera utama 200MP + 8MP Ultra lebar + 2MP makro, kamera swafoto 16MP, kalis air IP68, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, NFC dan IR Blaster.