Carian
Redmi Watch 4 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM459
January 15, 2024 Amy Maizuraa

Seiring pengenalan siri Redmi Note 13, Xiaomi juga tidak ketinggalan hadir dengan jam tangan baharu di Malaysia. Redmi Watch 4 dijual pada RM459 dengan pilihan warna seperti Silver Gray dan Obsidian Black. Ketersediaan bermula 16 Januari 2024 menerusi pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia. Ia bagaimanapun boleh dibeli dengan harga promosi serendah RM379.

Redmi Watch 4 dilengkapi skrin AMOLED 1.97-inci beresolusi 390 X 450 piksel dan kadar segar semula 60Hz. Skrin juga menawarkan kepadatan piksel 600nits, ciri Always On Display dan 200 muka jam terbina.

Pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan terbina disediakan termasuk kemampuan memantau kadar degupan jantung. Diikuti juga mod sukan yang menyediakan latihan berasaskan kawalan suara. Bateri digunakan boleh beroperasi hingga 10 hari dengan AOD dan meningkat 20 hari untuk kegunaan biasa.

Komen