Carian
Redmi Buds 5 Pro Dan Buds 5 Boleh Didapati Di Malaysia Bermula RM199
January 15, 2024 Amy Maizuraa

Fon telinga baharu Redmi Buds 5 Pro dan Buds 5 ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada hari ini. Harga jualan bermula RM199 untuk Redmi Buds 5, sementara itu Redmi Buds 5 Pro pula benilai RM299 dengan ketersediaan bermula 16 Januari 2024. Harga promosi turut ditawarkan serendah RM149 untuk Redmi Buds 5 dan versi Pro pula RM269.

Redmi Buds 5 Pro dilengkapi tweeter 10mm untuk treble dan subwoofer bersalut titanium 11mm pula untuk bass. Kemudian diikuti juga sistem pembatalan hingar aktif dengan penyesuaian adaptif AI, dan CODED LHDC 5.0 Hi-Res untuk pengalaman pendengaran lebih imersif.

Tambatan pantas boleh dibuat menerusi bluetooth 5.3, yang juga menyokong sambungan pintar dwi-peranti serentak. Bateri digunakan boleh bertahan sehingga 10 jam, kemudiannya meningkat kepada 48 jam dengan bantuan pod pengecas. Kalis air IP54 disertakan menjadikannya sesuai dibawa bersenam.

Redmi Buds 5 pula dilengkapi sepasan pemandu audiso sebesar 12.4mm dengan polimer bersalut titanium. Digabung juga sistem ANC terbina yang boleh membatalkan hingar sehingga 46dB bersama tiga pilihan diberikan untuk Transperancy Mode.

Tambatan pantas boleh dibuat menerusi bluetooth 5.3, yang juga menyokong sambungan pintar dwi-peranti serentak. Bateri digunakan boleh bertahan sehingga 8 jam, kemudiannya meningkat kepada 40 jam dengan bantuan pod pengecas.

Komen