Cari @ Amanz

Apple dilaporkan akan menawarkan App Store berbeza khusus untuk Kesatuan Eropah (EU) bagi memenuhi keperluan rang undang-undang Digital Markets Act (DMA) yang akan berkuatkuasa 7 Mac hadapan menurut laporan Bloomberg.

Menerusi DMA, syarikat teknologi perlu membenarkan stor aplikasi pihak ketiga, membenarkan pemasangan aplikasi secara sideloading dan membenarkan pembangun menawarkan pembayaran alternatif luar daripada ekosistem Apple atau Google. Hanya EU akan menerima stor berbeza ini kerana di pasaran lain tidak ada RUU seperti DMA dikuatkuasakan. Di Jepun stor atas talian hanya diminta membenarkan pembayaran di luar ekosistem stor yang lebih murah kerana tiada potongan diambil oleh pengendali stor.

Selain perubahan pada stor, Apple turut dipercayai akan melalukan perubahan pada Siri, Facetime dan iMessage di EU. Antara yang diminta EU sebelum ini ialah membenarkan penghantaran mesej rentas platform dengan pengguna tidak perlu terikat kepada satu platform pemesejan sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd