Microsoft menawarkan perkhidmatan Copilot Pro baharu yang memberikan akses kepada lebih banyak ciri berbanding Copilot biasa. Copilot Pro boleh diakses dari pelbagai peranti dan rentas sistem operasi. Kelebihannya ialah Copilot Pro menggunakan model AI terkini seperti GPT-4 Turbo dengan prestasi yang lebih pantas lebih-lebih lagi ketika masa penggunaan puncak. Microsoft kemudian akan memberikan pilihan kepada pelanggan untuk menukar model AI yang ingin digunakan.
Seterusnya ia turut membolehkan Copilot digunakan pada perisian Word, Excel, PowerPoint, Outlook, dan OneNote. Kesemuanya boleh diakses pada PC, Mac dan iPad. Menjana imej menggunakan Image Creator from Designer (dahulunya Bing Image Creator) kini lebih pantas dengan 100 boost ditawarkan setiap hari.
Akhir sekali pelanggan boleh membina Copilot GPT iaitu chatbot yang direka untuk keperluan peribadi menggunakan Copilot GPT Builder yang akan diaktifkan kelak. Perkhidmatan Microsoft Copilot Pro boleh dilanggan pada harga $20 (RM94) sebulan.