Carian
Jadikan OPPO Reno11 Pro 5G Sebagai Teman Potret Anda
January 16, 2024 Farah Izzati

Fotografi potret merupakan salah satu impian untuk seseorang menghasilkan seni fotografinya sendiri. Namun, semestinya tidak semua mampu untuk memulakan langkah pertama mengambil gambar potret dengan sebuah kamera profesional. Manakan tidak, dengan harga kamera profesional yang seperti kayangan, memang agak susah untuk membelinya lebih-lebih lagi jika anda masih baru ingin berjinak-jinak dalam bidang ini. Jadi, bagaimana ingin merealisasikan impian ini? 

Oleh itu, OPPO kini datang dengan OPPO Reno11 Pro 5G yang boleh menjadi teman potret anda. Ianya bukan sahaja berkemampuan untuk mengambil gambar potret, malah ia juga boleh menjadi sebuah peranti yang amat sesuai untuk digunakan harian. Jadi, apa tunggu lagi. Ayuh kekal bersama kami hingga ke hujungnya untuk mengetahui apakah yang OPPO Reno11 Pro 5G tawarkan kali ini. 

Spesifikasi Kamera Yang Membuatkan Hati Tertawan

Alang-alang menyebut mengenai potret, ayuh mulakan dahulu dengan spesifikasi kamera yang didatangkan bersama OPPO Reno11 Pro 5G. Buat pengetahuan anda, peranti ini didatangkan dengan spesifikasi 50MP kamera utama, 32MP kamera telefoto dan 8MP sensor ultra sudut lebar. Untuk kamera swafoto pula, peranti ini dilengkapi dengan 32MP.  Dengan spesifikasi kamera seperti ini, pasti anda tertanya tentang kemampuan fotografi potretnya bukan?

Menyentuh kepada 32MP kamera telefoto yang didatangkan bersama, OPPO Reno11 Pro 5G ini boleh mengambil gambar potret yang hampir sempurna, seolah-olah anda menggunakan kamera profesional. Namun, apakah yang membuatkan kamera ini mampu merakamkan momen indah pada sudut yang sangat baik? Ianya adalah kerana ia turut didatangkan dengan sensor Sony IMX709 dimana ia bukan saja memberikan anda pengalaman mengambil gambar dengan baik tanpa meninggalkan butiran penting. Ia juga mempunyai 60% photosensitiviti yang lebih tinggi dan 35% kurang hingar berbanding sensor tradisional yang lain.

Tingkatkan Lagi Kualiti Gambar Dengan Ultra-Clear Portrait Camera System

Tidak berhenti disitu sahaja, kamera pada OPPO Reno11 Pro 5G ini juga didatangkan dengan sistem kamera Ultra-Clear Portrait dimana ia membolehkan anda untuk mengambil gambar potret dengan baik dan hasilnya akan tampak “ultra” jelas dan tajam, sama seperti namanya. Dengan ini, anda bolehlah menghasilkan gambar yang berkualiti setanding dengan kamera profesional. 

Jika anda masih berjinak-jinak dalam dunia fotografi, anda boleh memanfaatkan kebolehan 2x zum pada OPPO Reno11 Pro 5G ini. Melaluinya, anda boleh mengambil gambar potret yang hampir sempurna kerana ia didatangkan bersama jarak fokal 47mm. Dengan jarak fokal seperti ini, ia membolehkan gambar tertumpu kepada subjek dan dalam yang sama tidak akan mengherotkan subjek pada gambar. Bokeh dan kabur yang dihasilkan juga tampak semulajadi, seolah-olah menggunakan kamera DSLR. Menariknya, anda juga boleh melaraskan kekuatan bokeh selepas sesi fotografi mengikut kesesuaian anda. 

Untuk memberikan nilai tambah kepada keistimewaan yang sedia ada, OPPO Reno11 Pro ini juga didatangkan dengan mod AI Portrait Retouching. Melaluinya, anda boleh mengambil gambar swafoto potret dengan menggunakan mod ini dan hasilnya, gambar subjek akan tampak lebih mempersonakan kerana gambar tampak lebih jelas dengan warna yang jitu, sama seperti melihatnya dengan mata kasar. Tambahan lagi dengan AI Portrait Retouching juga, anda boleh melaraskan ciri muka (face features) subjek seperti menambahkan warna pada bibir atau membesarkan saiz mata mengikut kesesuaian.

Dikuasakan MediaTek Dimensity 8200 Dan Kapasiti Bateri 4,600mAh

Beralih kepada bahagian spesifikasi pula, OPPO Reno11 Pro 5G ini dilengkapi dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 8200. Melaluinya, ia menawarkan prestasi yang tinggi pada penggunaan tenaga yang efisien. Dengan ini, OPPO Reno11 Pro bukan sahaja menawarkan pengalaman mengambil gambar potret dengan baik, ianya juga membolehkan anda untuk bermain permua dengan lebih lancar tanpa gangguan. 

Menyentuh mengenai permua dan juga potret, pasti anda memerlukan kapasiti bateri yang baik untuk memastikan ianya bertahan sehingga tugasan selesai. Oleh itu, OPPO Reno11 Pro 5G ini didatangkan dengan kapasiti bateri 4,600mAh dan turut menyokong pengecasan 80W SUPERVOOC Flash Charge dimana pengecasan penuh hanya mengambil masa sekitar 28 minit sahaja. Melaluinya, anda tidak perlu risau mengenai ketahanan bateri dan juga kelajuan pengecasan kerana ia sememangnya mampu membuatkan anda menghela nafas lega terutamanya jika anda memerlukan masa yang panjang melakukan sesuatu tugasan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, OPPO Reno11 Pro 5G ini semestinya siri peranti yang berbaloi untuk anda miliki. Dilengkapi pula dengan sistem kamera Ultra-Clear Portrait dan AI Portrait Retouching menjadikan hasil gambar yang diambil kelihatan hampir sempurna. Bukan itu sahaja, kamera telefoto yang dihadirkan bersama juga boleh menjadi titik tolak untuk anda mengorak langkah yang lebih luas dalam dunia fotografi potret. Mudah kata, OPPO Reno11 Pro 5G ini sememangnya teman fotografi potret anda. 


Berita baik buat anda yang berminat untuk membeli OPPO Reno11 Pro 5G, anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah percuma yang bernilai sehingga RM476. Hadiahnya terdiri daripada pengecas kereta OPPO SUPERVOOC 80W yang disertakan bersama kabel yang bernilai RM178 dan waranti tambahan selama 1 tahun dari OPPO Care yang bernilai RM109. Menariknya, jika anda merupakan ahli MY OPPO pula, anda juga bakal menikmati langganan premium aplikasi VIU selama 6 bulan, baucar tunai daripada ZUS Coffee dan diskaun 10% dari Lexis Hibiscus dengan terma dan syarat yang dikenakan, sementara stok masih ada.

Jadi jika anda ingin dapatkannya, anda boleh membelinya pada harga RM2,499 untuk variasi storan 12GB+512GB melalui laman web rasmi atau kedai e-dagang yang sah. Ayuh mulakan langkah dan serlahkan kreativiti dalam seni fotografi potret mulai hari ini!


Penafian : Advertorial daripada OPPO Malaysia

Komen