Carian
Intel Melancarkan Pemproses Intel Core i7-14790F Black Edition Khusus Untuk Pasaran China
January 16, 2024 Nazrin

Intel baru sahaja melancarkan siri cip pemprosesan Raptor Lake Refresh F mereka di acara CES pada minggu lepas, dan kini, sebuah lagi cip pemprosesan telah dilancarkan khusus untuk pasaran China, iaitu Intel Core i7-14790F.

Cip pemprosesan ini dilihat hadir dengan spesifikasi yang sedikit berbeza dengan cip pemprosesan Intel Core i7-14700F yang dilancarkan pada minggu lepas. Dimana cip pemprosesan tersebut hadir dengan jumlah 20 teras yang terdiri daripada lapan teras prestasi (P-cores) dan 12 teras cekap (E-cores) dengan 28 bebenang kuasa, Intel Core i7-14790F pula hadir dengan lapan teras prestasi, lapan teras cekap dan 24 bebenang kuasa.

Kedua-dua cip pemprosesan ini juga mempunyai kelajuan Turbo Boost yang sama pada 5.4GHz, dan kelajuan asas 2.1GHz untuk P-cores dan 4.2GHz untuk E-cores. Apa yang menarik ialah walaupun cip khusus untuk pasaran China ini mempunyai jumlah Intel Smart Cache yang sedikit lebih besar (36MB berbanding 33MB pada cip sebelumnya), yang dilihat sedikit berguna khususnya untuk tujuan gaming.

Cip pemprosesan ini sudahpun mula di gedung atas-talian China JD.com pada harga 2909 yuan. Setakat ini ia tidak diketahui lagi samada ia akan dijual di pasaran lain ataupun tidak.

Komen