Carian
Elon Musk Kurang Selesa Bangunkan Tesla Sebagai Peneraju AI Dan Robotik – Tanpa Kawalan 25% Pada Tesla
January 16, 2024 Aman

Elon Musk kini menyatakan yang mana beliau lebih terbuka untuk membangunkan produk-produk baharu termasuk melibatkan robotik dan kecerdasan buatan di luar Tesla – memandangkan Elon Musk tidak mempunyai syer pengundian sebanyak 25%.

Pada hari ini, Elon Musk mempunyai pegangan sebanyak 12% pada Tesla.

Melalui perkongsian di X, Elon Musk menyatakan beliau kurang selesa membangunkan Tesla sebagai peneraju dalam arena robotik dan AI tanpa kawalan sebanyak 25%.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah langkah seterusnya para pemegang saham Tesla berkaitan dengan kenyataan baharu Elon Musk ini. Mungkinkah ini akan membawa kepada pergaduhan baharu melibatkan pemegang saham syarikat automotif berkenaan?

Komen