Carian
Honor Magic V2 RSR Dengan Rekaan Porsche Design Akan Ke Pasaran Malaysia
January 16, 2024 Amy Maizuraa

Honor turut menarik perhatian ramai hari ini dengan mengesahkan kehadiran Magic V2 RSR ke pasaran Malaysia. Peranti lipat paling nipis di dunia ini diberikan rekaan baharu pada tubuh dan bonggol kamera yang mengambil inspirasi daripada kereta Porsche 911. Panel belakang kini diperbuat daripada gentian karbon.

Tarikh pelancaran dan harga jualan dirahsiakan buat masa ini tetapi dipercayai berpotensi tiba dalam masa dua bulan mendatang. Dalam masa sama anda juga berpeluang mencubanya dengan mendaftar minat menerusi laman rasmi Honor Malaysia, seterusya ikuti langkah yang diperlukan.

Butiran mengenai spesikasi juga masih belum jelas namun berpotensi sama dengan versi di China. Di mana lengkap dengan skrin luar 6.43″ OLED 120Hz LTPO dan skrin dalaman 7.92″ OLED 120Hz LTPO. Tidak seperti Magic V2 biasa, skrin luar adalah 10 kali ganda lebih lasak menggunakan teknologi kaca baharu.

Magic V2 RSR juga boleh mengekalkan sokongan stylus pada skrin luar dan dalam. Selain dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 16GB RAM LPDDR5X, storan 1TB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan berwawar 66W.

Komen