Motorola memulakan tahun baharu dengan memperkenalkan versi terkini untuk telefon pintar bajet siri Moto G Play. Ia dilihat sedikit berbeza daripada sebelum ini dengan tubuh lebih rata bersama kemasan pusam pada panel belakang dan sisi peranti.

Untuk spesifikasi, Moto G Play (2024) menggunakan skrin IPS LCD sebesar 6.5″ dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ini digabung pula cip Snapdragon 680 yang bermakna peranti menyokong 5G secara terbina. Diikuti juga memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB.
Bateri 5000mAh dgunakan boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan 15W. Namun pengecas disertakan dalam kotak menyokong kuasa output 20W. Turut disertakan ialah kamera utama 50MP, swafoto sebesar 8MP dan kalis air IP52.
Peranti ini dijual pada harga $149.99 (~RM706.45) sebuah.