Carian
U Mobile Menambah Kuota Data Untuk Pengguna U Postpaid 38 Dan U Postpaid 68
January 17, 2024 Amy Maizuraa


U Mobile dilihat telah menaik-taraf penawaran kuota data untuk semua pengguna U Pospaid 38 sebanyak 120GB dan U Pospaid 68 pula sebanyak 300GB berbanding sebelum ini. Penambahan ini dilakukan secara automatik tanpa sebarang caj oleh pihak U Mobile dan pengguna dapat melihat kemaskini pada akaun masing-masing bermula hari ini.

Melalui pelan Pospaid U 38, pengguna boleh menikmati data internet sehingga 120GB untuk 4G/5G. Diikuti juga kuota Ultra hotspot 5G tanpa had yang boleh dikongsi dan sokongan panggilan tanpa had ke semua panggilan.

Sementara itu pelan Pospaid U 68 pula menyediakan data internet sehingga 300GB untuk 4G/5G, kuota Ultra hotspot 5G tanpa had yang boleh dikongsi dan sokongan panggilan tanpa had ke semua panggilan. Sebagai tambahan data roaming percuma di Singapura, Indonesia dan juga Thailand turut ditawarkan melaluinya.

Komen