Firefox adalah pelayar web yang saya gunakan setiap hari untuk kerja. Ini kerana ia menawarkan sokongan pemalam yang baik dan baru-baru ini sokongan lebih 450 pemalam dibawakan kepada Android pula yang membuatkan saya berhasrat untuk menggantikan Edge yang saya gunakan pada telefon sendiri.
Sayang sekali hasrat saya ini tergantung apabila Mozilla memberitahu yang pembangunan Firefox buat masa ini terhad kepada telefon Android sahaja. Mereka tiada perancangan dalam masa terdekat untuk membangunkan Firefox dengan antaramuka tablet Android. Biasanya antaramuka tablet bersamaan sokongan mod desktop yang baik.

Walaupun begitu, Mozilla turut menyatakan jika terdapat peruntukan masa dan sumber mereka akan cuba menawarkan versi tablet untuk pengguna Android. Adakah anda pengguna Firefox di tablet Android?