Carian
ASUS GeForce RTX 4060 Dengan Rekaan Padat Diperlihatkan
January 17, 2024 Nazrin

Siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000 Super baru sahaja dilancarkan, tetapi ASUS, salah satu daripada syarikat pembuat komponen terkemuka hari ini telah memperlihatkan sebuah kad grafik baru yang hadir dengan rekaan berprofil rendah, sesuai untuk mereka yang mahu membangunkan komputer berkuasa bersaiz kecil.

Kad grafik tersebut ialah ASUS GeForce RTX 4060 LP BRK yang hadir dengan rekaan yang serba padat, tetapi masih lagi hadir dengan tiga buah kipas untuk menyejukkan komponen-komponen didalam kad grafik ini.

Sama seperti kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060 yang lain, ia masih lagi tampil dengan cip grafik AD107-400 yang sama dan 8GB memori GDDR6 dan dua palam DisplayPort dan dua palam HDMI dan hanya memerlukan satu palam kuasa 6-pin untuk menguasakan kad grafik ini.

Setakat ini, ASUS masih lagi belum mengesahkan bilakah kad grafik ini akan dilancarkan dan juga harga jualannya.

Komen